Alhamdulillah, pagi ni ada yang bayar booking untuk bilik sewa di ukay perdana. Student ni dari Seremban. Datang dengan mak untuk view. Lagi 2 minggu dia akan masuk. Jadi aku caj separuh bulan sahaja untuk bulan ni. Sewa pun murah untuk student.
Minggu ni dah start aktif balik. Banyak dapat pertanyaan dan sesi viewing bilik. Ekonomi dah start buka balik. Minggu depan pun ada 2 org confirm nak masuk. Kira unit tingkat 3 di Ukay Perdana ni dah penuh. Student praktikal ni biasa sewa dalam jangka masa pendek. Dalam 4-6 bulan.
Ada sesetengah owner tak ambil student praktikal sebagai tenant mereka. Bagi aku, ambil sahaja. Janji ada cashflow. Unit tingkat 3 ni jika ada modal lebih, aku nak pasang grill kat pintu masuk. Boleh lah tenant sidai baju kat luar. Tengok macam mana. Aritu dah tanya Pian, terasa mahal pula dia caj.