Pagi semalam entertain bakal penyewa di seri nilam. Pukul 6 pagi aku dah wasap kt group penyewa disana bagitau aku nk naik sebentar dalam pukul 10 sebab ada yang nak tengok bilik.
Pemberitahun ni penting, supaya mereka boleh bersedia selain bolehlah kemaskan rumah apa-apa yang patut.
Bakal penyewa dah sampai awal dari aku, bagus. Mencari bilik baru sebab rumah sedia ada roomate dah nak kahwin bulan 9. Makna banyak masa lagi dia nak survey bilik-bilik lain disekitar kawasan ini. Dia cadang nak masuk bulan 10. InsyaAllah ada rezeki. Berdoa je.
Rumah di Seri Nilam ni aku hadkan maksimum penyewa 4 orang sahaja. 1 bilik sharing dan 2 bilik single. Keadaan rumah tadi aku berpuas hati kemas dan bersih sama seperti mula-mula aku setup dulu. Alhamdulillah dapat penyewa yang bertanggungjawab begini.
Lepas viewing Seri Nilam aku singgah jap Kelompok Camar, rumah Hazil dan Liza. Ada dalam 5 minit dari Seri Nilam untuk ke sana. Waze bawak aku ikut jalan yang aku tak familiar. Banyak lagi area aku tak explore dikawasan Ampang ni.
Sampai sana aku tak berani pulak nak turun, sebab ramai pulak orang lepak kat kawasan tu. Ingat lagi semasa 1st time pergi rumah Hazil, sekitar tahun 2017, pergi dengan arwah Abg Nor. Saja melawat sebab lama dah tak jumpa. Last jumpa dia rasanya masih anak seorang, ni jumpa dah tambah 2 orang anak. Baru ni tambah lagi seorang, dapat juga Hazil anak perempuan. Tahniahlah.
Pelik sikit kawasan sini aku tak jumpa iklan sewa kawasan ni kat mudah. Risau juga. Search kat group facebook ada satu iklan. Iklan ni bulan 7 aritu. Sewa satu rumah kosong RM750. Boleh tahan. Kalau ada perabot sikit mungkin boleh letak RM800.
Musim covid ni kadang tak boleh letak tinggi sangat, orang lagi nak murah. Rumah kosong pun tak apa. Tengok lah macam mana. Kita usaha je.