Select Page

Pagi tadi ada appointment dengan Abg Rahimin untuk repair Aircond di salah sebuah bilik sewa pejabat. Unit disini Alhamdulillah sudah ada penyewa yang bayar booking untuk sewa 1 floor.

Aku ambil keputusan untuk keluarkan penyewa Bilik No 3 disini memandangkan sudah 3 bulan tidak membayar sewa. Penyewa ni dah beberapa kali berjanji nak masukkan duit sewa. Tapi duitnya tak masuk-masuk, aku pun rasa macam kena game je dengan penyewa ni. So aku decide untuk terus iklankan sewa untuk 1 floor.

Aircond dah setel tadi, tinggal nak repair tandas. Tempoh hari tandas ni leaking. Masa tu Pian handle kes ni, untuk cari punca leaking tu, habis dinding tile dipecahkan. So sekarang leaking dah repair, belum sempat nak tampal balik dinding tu, Pian dah balik Indonesia. So dalam minggu depan nak kena panggil orang selesaikan job ni. Nasib baik Abg Rahimin ada kenalan yang boleh sambung kerja ni.

Bakal penyewa yang dah bayar booking tu sebenarnya dah tengok bilik tu sebelum ni, iklan untuk sewa bilik. Mungkin tak berminat untuk sewa bilik, dia pun senyap sahaja bila dah view. Bila aku up iklan untuk sewa 1 floor, terus dia berminat untuk view sekali lagi dan nak tengok semua bilik-bilik yang ada. Alhamdulillah lepas tengok bilik-bilik tu, dia pun setuju untuk sewa 1 floor unit tu.

Aku pun terus sediakan invoice dan terus hantar link invoice untuk dia buat pembayaran. Mungkin ada yang tertanya sistem akaun apa yang aku pakai. Aku pakai sistem akaun dari BUKKU. Sistem ni memang memudahkan aku issue invoice dan penyewa terus boleh buat pembayaran melalui invoice tersebut, sebab dia link dengan payment gateway. Untuk invoice penyewaan bulan seterusnya, aku tak perlu dah key in setiap bulan, boleh setkan recurring invoice tu dan ia akan automatik emel setiap bulan pada penyewa tersebut. Memang best.

Siapa yang nak cuba sistem ni Boleh terus ke link ini BUKKU Accounting. Ada trial 30 hari. Cubalah.

sewabilik my
Author: sewabilik my