Select Page

Minggu lepas dapat perkhabaran kurang baik dari En Malek. Dia memberitahu kemungkinan bank tidak akan disburse duit padanya memandangkan Cukai Tanah untuk unit di Ukay Perdana masih belum dibayar.

Unit ini pada mulanya aku menyewa daripada En Malek dan beberapa bulan lepas tu, En Malek offer pada aku untuk beli unit tersebut. Aku bersyukur dapat unit ni sebab sama blok dengan unit sebelum ni yang beli bersama Abg Nor. Tak banyak bank yang boleh finance commercial unit di Ukay Perdana ni memandangkan masih belum lagi ada strata tiltle.

Dengan pengalaman bank sebelum ini, bila pergi balik tanya, mereka dah tidak ambil dah kes di Ukay Perdana. Lama juga mencari bank dan hampir putus asa. Mujur ada penyewa di bilik pejabat aku tu, dia property agent, kebetulan dia pun ada membeli unit di area Ukay Perdana dan telah lulus loannya. Alhamdulillah, aku pun submit dokumen pada dia dan suruh dia uruskan loan. Loan pun dah lulus dan SNP pun dah sain bulan 12 2020.

Dengan PKP yang lama, baru sekarang bergerak sedikit dokumen berkaitan. En Malek pun dah bagi option, jika bank tak disburse, bayar sahaja bulan-bulan pada dia dengan topup sikit deposit. Termenung juga bila dia cakap macam tu. Duit dah tak de ni. Hai, harap-harap ada berita baik minggu depan.

sewabilik my
Author: sewabilik my