Select Page

Alhamdulillah, semalam ada seorang tenant masuk. Walaupun sewa untuk sebulan tapi syukur sangat dah. Lama sangat tiada penyewa masuk.

Unit ini ditingkat 3 Ukay Perdana. Khas untuk penyewa wanita. Sebelum ni ada 2 orang penyewa, masuk yang baru ni total 3 orang semuanya. Ada lagi 3 kekosongan.

Tenant baru ni nak locker didalam bilik. Mujur unit bilik lelaki yang dah ditutup tempoh hari ada locker ni. Masa setup unit lelaki ini aku order 6 set katil, tilam dan locker. Bertahan 6 bulan sahaja untuk unit lelaki ini. Aku salah percaturan. Konsep unit buat bentuk dorm. Tiada yang berminat. Sewa murah pun tiada yang nak. Terpaksa tutup.

Barang-barang dalam tu sayang nak jual, nasib baik time tu ada satu bilik kosong, jadi masukkan semua barang dalam bilik kosong tu.

Nak angkat locker tu dari tingkat bawah ke atas ada caranya. Nantilah aku update gambar. Semalam ingat nak angkat 2 unit, tapi bila nak angkat yang locker kedua tu tangan rasa macam nak tercabut. Tak jadi angkat.

sewabilik my
Author: sewabilik my