Select Page

Petang tadi ada bakal penyewa nak tengok bilik, di Pangsapuri Seri Nilam. Aku setkan pukul 6. Time ni aku dah free sikit.

Lif di Pangsapuri Seri Nilam

Malam ni dia bagi jawapan samada nak sewa atau tidak. Jika jadi sewa, aku minta duit booking supaya senang aku lock bilik tu.

Rabu lepas tergerak hati nak bayarkan cukai tanah, tanah ni terletak di negeri 9, ada kisah disebalik pemilikan tanah ni.

Aku just tunaikan sahaja kewajipan yang perlu memandangkan tanah ni nama aku. Bila sampai masanya nanti harap dapatlah claim semula apa-apa bayaran yang dah aku dulukan untuk tanah ini. Disamping belanja-belanja lain yang berkaitan.

Teringat hujung 2019 ada offer untuk pembelian tanah dikampung aku Kg Mak Teh. Harga buka tanah ni RM550k, tanah cantik tepi jalan, siap dengan rumah batu.

Tapi bila buat valuation bank, bank value hanya RM 350k shj. Tak jadi nak ambil, sayang.

Bab tanah ni dah lama jadi cita-cita aku untuk buat projek pecah racik. Sejak 2011 lagi sejak aku ikut bos part time aku. Dia yang ajar aku selok belok tentang perihal tanah.

Dapat lah sikit ceduk ilmu sikit-sikit. Tapi sampai sekarang tidak kesampaian. Nak buat ni kena ada team yang sama-sama 1 kepala. Ada rezeki tak kemana.

sewabilik my
Author: sewabilik my